TAJUK

Wednesday 15 May 2013

DEFINISI MEMBACA



DEFINISI MEMBACA

Terdapat pelbagai definisi tentang membaca. Atan Long (1978) menyatakan proses membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.


Kamus dewan
         Bacaan merupakan bahan untuk dibaca, cara membaca dan hasil membaca.
         Membaca merupakan Proses yang dilakukan oleh pembaca bagi membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya dengan menggunakan kandungan teks dan pengetahuan latar pembaca tersebut sebelum membuat keputusan 


Raminah Hj. Sabran  dan Rahim Syam (1985:137)
Mendefinisikan membaca sebagai menggabungkann beberapa kemahiran iaitu kemahiran penglibatan yang diskriminatif (untuk mengenal dan membezakan bentuk-bentuk huruf), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf, menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat untuk menterjemahkan dan memahami apa yang dibacanya.

Zulkifley Hamid (1994:57)
Kemahiran membaca tidak akan dimiliki oleh seseorang pelajar melainkan setelah beliau mampu melakukan proses-proses seperti mengenali dan membezakan fonem-fonem untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambing-lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf untuk diterjemahkan (kepada bunyi-bunyi bahasa yang diwakili oleh simbol-simbol fonem) dan difahami apa yang dibaca.

Pumfrey (1977)
Berpendapat, membaca bukanlah hanya bersifat mekanikal iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa yang dibaca, tetapi membaca mempunyai fungsi yang lebih jauh daripada itu. Kemahiran membaca merupakan satu proses yang memerlukan seseorang itu menterjemahkan lambang-lambang tulisan kepada lambang-lambang bunyi serta memahami makna dan buah fikiran yang hendak disampaikan oleh seseorang penulis itu.

(Kamarudin Haji Husin, 1988)
Menyatakan murid-murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid-murid itu tidaklah boleh dianggapp sebagai pandai membaca.

Definisi membaca secara keseluruhan
Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan secara ringkasnya, seseorang yang boleh membaca tetapi tidak memahami isi bacaan itu serta tidak menterjemahkannya secara tepat dan betul sama ada secara lisan mahupun bertulis bolehlah dikategorikan sebagai tidak pandai membaca. Perkara ini amat penting kepada murid-murid kerana ini dapat membantu mereka dalam pelajaran terutamanya apabila mereka menghadapi peperiksaan.






Bagaimana proses membaca berlaku?
Proses membaca melibatkan perhubungan antara bahan bacaan dan pembaca. Perkataan proses menunjukkan wujudnya suatu titik permulaan dan suatu titik pengakhiran dalam proses pembacaan. Permulaan proses membaca berlaku apabila wujudnya pemahaman dalam diri pembaca berkaitan teks yang dibaca. Menurut Yahya Othman (2003), proses membaca adalah usaha berterusan yang dilakukan oleh pembaca melalui amalan kognitifnya bagi memperoleh makna teks yang dibaca.
            Seterusnya, proses membaca melibatkan tindakan analisis yang dilakukan oleh pembaca semasa membaca bagi mendapatkan gambaran atau idea yang terdapat dalam teks. Semua amalan kognitif yang diakui secara berterusan dalam aktiviti membaca dapat membantu membentuk pembaca yang berjaya.

Mengapa membaca?
Menurut Yahya Othman (2003), membaca seperti juga menulis, adalah asas literasi yang digunakan sebagai alat berkomunikasi secara langsung dan tidak langsung. Pembaca melakukan proses pembacaan bertujuan untuk menambahkan maklumat yang sedia diketahui.
            Bagi Henry Guntur (1994), tujuan utama membaca adalah untuk mencari informasi, isi dan memahami makna bacaan. Beliau seterusnya mengemukakan 7 sebab mengapa seseorang itu membaca iaitu:
        i.            Mencari fakta-fakta dan perincian berkaitan sesuatu isu (reading for details or facts)
     ii.            Mencari idea-idea utama (reading for main ideas)
   iii.            Membaca untuk mengetahui urutan, susunan dan organisasi cerita (reading for sequence or organization)
    iv.            Membaca untuk membuat kesimpulan (reading for inference)
      v.            Membaca untuk mengklasifikasi (reading for classify)
    vi.            Membaca untuk menilai (reading for evaluate)
 vii.            Membaca untuk membuat perbandingan (reading for compare or contrast)


membaca tanpa mengira umur.. ^_^


No comments:

Post a Comment