TAJUK

Wednesday 15 May 2013

BELAJAR MEMBACA



BELAJAR MEMBACA
v  Apa bezanya antara membaca dengan menonton? Apa yang berlaku ketika seseorang membaca?

PROSES MEMBACA

v  Proses membaca sangat berkait dengan proses penglihatan
v  Kajian dalam bacaan cuba untuk mencari jawapan bagaimanakah simbol di permukaan bertulis bertukar menjadi persembahan minda yang bermakna
v  Membaca melibatkan penglihatan minda, tetapi isu penglihatan mata juga merupakan satu isu yang amat banyak dibincangkan bagi memahami proses membaca ini.
v  Contohnya, pusat tumpuan mata ketika membaca, kelebaran jangka masa penglihatan, dan mendekod perkataan.

Fungsi mata
§  - Kita dapat melihat kerana adanya cahaya sesuatu objek yang dapat dicerap oleh mata
§  - Apabila cahaya dikesan, isyarat akan dihantar ke otak dan otak akan memproses maklumat untuk difahami
§ -  Otak akan memberikan kefahaman tentang bentuk, jarak, dan pergerakan yang kita lihat menerusi lensa mata.

Pusat tumpuan mata ketika membaca
§  - Ketika membaca mata akan bergerak mengikut garis dalam bahan yang bertulis.
§ -  Mata akan tertumpu pada sesuatu bahagian dalam perkataan, perkataan dan ayat mengikut kelancaran pembaca.
§ -  Tujuan menumpukan perhatian terhadap perkataan atau teks ialah untuk memancarkan bahan tersebut pada retina (disebut fovea), ketajaman terhadap tumpuan akan berkurangan berdasarkan jarak antara mata dan teks.

Kajian tumpuan mata ketika membaca
§  Kajian lebih berminat terhadap apa yang berlaku pada masa tumpuan daripada pergerakan antara tumpuan (saccades).
§  Kajian begini berguna bagi memastikan tahap kesukaran dalam bahagian teks yang berbeza.
§  Masa tumpuan yang digunakan pembaca juga memberikan penjelasan terhadap bentuk pemprosesan penglihatan dan konsep sesuatu teks.

Dapatan kajian
§  - Pembaca akan memusatkan 80% tumpuan terhadap jenis perkataan kandungan seperti kata nama, kata kerja adjektif, dan 20% lagi pada perkataan fungsian.
§  - Masa yang digunakan oleh pembaca bagi membuat tumpuan adalah berbeza dan bersistematik
§ -  Pembaca yang lemah membuat tumpuan yang lebih lama
§  - Teks yang sukar memerlukan tumpuan yang lebih lama
§  - Pembaca yang baru memerlukan tumpuan yang lebih lama
§  - Perkataan yang kurang biasa memerlukan tumpuan mata yang lebih lama
§  - Perkataan diinterpretasi ketika tumpuan dilakukan, bukan menunggu sehingga perkataan yang seterusnya, kecuali dalam keadaan yang tertentu. Jika berlaku kesilapan dalam interpretasi, maka prosedur kecekapan pemulihan akan berlaku bagi mengenalpasti kesilapan.
§  - Pembaca akan melihat kembali pada perkataan yang bermasalah dan membuat interpretasi alternatif.

Kajian tentang tumpuan mata
§  - Tumpuan mata bukan punca pembaca cekap atau lemah, sebaliknya ia merupakan tanda bagi proses penglihatan dan pemahaman.
§ -  Memahami proses ini akan membantu kita memahami apa yang dilakukan pembaca ketika membaca dengan itu dapat dijadikan panduan bagi merangka program membaca dan pemilihan bahan bacaan serta merancang program pemulihan dengan lebih baik.

Kelebaran jangka masa tumpuan
§  - Pembaca yang normal akan menumpukan pemerhatian terhadap perkataan yang penting.
                        The two faction were at a standstill
                        The rebels guarded the pyctce with their gun
§  Menggunakan kawalan skrin komputer pembaca menumpukan perhatian pada bukan perkataan “pyctce” ,tetapi pada perkataan sebelum dan selepasnya bagi mencari kiu untuk memahami perkataan “pyctce”
Kajian tentang kelebaran jangka masa tumpuan dilakukan bagi mengenal pasti :
        i.            Di mana jangka masa tumpuan tersebut berlaku?
     ii.            Bagaimana maklumat diintegrasikan di antara jangka masa tumpuan?
   iii.            Bagaimana dan di mana tempat yang sesuai untuk mengubah jangka masa tumpuan?

Mengekod
v  Langkah pertama untuk membaca ialah untuk mengenalpasti permukaan bercetak dan memecahkan kod perkataan, mengenalpasti bentuk ortografik dan memperolehi maksud perkataan berdasarkan kamus makna yang terdapat dalam pemikiran pembaca.
Kiu bunyi
§  Persoalan yang sering dikemukakan ialah, adakah bunyi bagi perkataan boleh membantu untuk memperoleh makna?
§  Ada pembaca yang mengatakan bahawa mereka mendengar bunyi bagi perkataan yang dibaca, dan ini mencadangkan bahawa terdapatnya komponen fonologi dalam membaca.
Hubungan mata dengan pendengar
§  Membaca dan mendengar ada kaitan yang rapat
§  Hal yang demikian ini bermaksud ketika membaca seseorang seolah-olah mendengar penulis teks bercakap dengannya
§  Pembaca yang baik ialah seorang pendengar yang baik juga
Kod fonologi
§  Isu pertama ialah penggunaan kod fonologi dalam ingatan jangka pendek
§  Namun kebanyakan kajian yang dilakukan mendapati bahawa pembaca yang berkemahiran tidak menggunakan kod fonologi bagi memperoleh makna.
Kiu dari kod fonologi
§  Walau bagaimanapun, pembaca yang agak lemah akan cuba menggunakan kod fonologi untuk meneka makna perkataan , sekurang-kurangnya mereka menggerakkan bibir untuk meneka makna dalam petikan yang dibaca.
§  Bagi pembaca yang mahir mereka akan hanya menggunakan kod fonologi bagi memperoleh makna perkataan yang agak sukar dan membantu mereka dalam ingatan jangka pendek.
Unit perkataan
§  Isu kedua ialah unit perkataan yang ingin didekodkan, sama ada abjad atau gabungan abjad, sukukata, atau seluruh perkataan.
Pembaca mahir dan pembaca lemah
v  Bagi pembaca yang mahir, pemenggalan kepada setiap suku kata akan menyebabkan halangan dalam membentuk makna.
v  Tetapi bagi pembaca yang lemah, mereka akan cuba mencantumkan setiap huruf, setiap suku kata dan setiap perkataan bagi membina makna secara keseluruhan.



KEFAHAMAN MEMBACA
Definisi
v  Keupayaan mentafsir dan menilai bahan yang dibaca
v  Merangkumi proses;
                                                        i.            Mengecam perkataan
                                                     ii.            Memilih makna yang sesuai
                                                   iii.            Menghubungkan idea dgn pengetahuan dan pengalaman sedia ada
                                                    iv.            Menyusun idea
                                                      v.            Membuat generalisasi
                                                    vi.            Menilai
Kategori
v  Taksonomi Bloom (1956)
§  Pengetahuan
§  Pemahaman
§  Penggunaan
§  Aplikasi
§  Sintesis
§  Penilaian
v  Smith (1969)
§  Literal
§  Tafsiran
§  Kritikan
§  Kreatif
v  Santoz (1976)
§  Mengecam secara literal
§  Terjemahan
§  Aplikasi 
§  Analisis
§  Inferensi
§  Penilaian
v  Barret (1996)
§  Literal
§  Mengorganisasi semula
§  Kefahaman inferens
§  Penilaian
§  Penikmatan
v  Azman Wan Chik (1987)
§  Pemahaman literal
§  Pemahaman inferens
§  Pemahaman penilaian
§  Pemahaman aplikasi
v  Marohani Yusoff (1999)
§  Penubuhan wacana
§  Pentafsiran makna
§  Penilaian makna
Rumusan
v  Kefahaman literal
v  Kefahaman inferensi
v  Kefahaman kritikal

Kefahaman Literasi
v  Kefahaman berdasarkan apa yang difahami daripada perkataan dan idea penulis
v  Pada peringkat ini murid hanya mengecam dan mengingati apa yang diperkatakan oleh penulis
Peringkat :
  1. Makna perkataan
  2. Makna ayat
  3. Huraian isi
  4. Idea utama
  5. Urutan idea
  6. Perbandingan
  7. Hubungan sebab akibat
Makna Perkataan
§  Menggunakan kemahiran struktural
§  Menggunakan konteks gambar
§  Menggunakan konteks petikan / teks
§  Menggunakan kamus
§  Mengecam sinonim dan antonim
§  Mengenal pasti perkataan yg punyai pelbagai makna
§  Mengecam kesan penekanan ke atas makna

Makna ayat
§  Menggunakan bantuan tipografi, spt tanda baca dan bentuk fon
§  Mengenal pasti perkataan yg punyai pelbagai makna
 
Huraian isi
§  Mengecam dan mengingati penjelasan isi penting
Idea utama
§  Mengecam dan mengingati isi penting

Urutan idea
§  Perkembangan plot
§  Perkembangan perwatakan
§  Perbincangan atau pertentangan pendapat

Perbandingan
§  Mengecam dan mengingati persamaan dan perbezaan antara watak, peristiwa atau situasi

Hubungan sebab akibat
§  Kaitkan dengan kata kunci spt sebab, kerana, akibatnya, oleh itu, dsb

Kefahaman Infrensi
v  Kemampuan mentafsir makna dalam bentuk membuat ringkasan, interpretasi, generalisasi, kesimpulan dan telahan
v  Pembaca berupaya menggabungkan fakta-fakta yang diberikan bagi mencapai kesimpulan yang tidak dinyatakan dalam bahan bacaan.

Membuat kesimpulan
§  Bermula dari peringkat yang mudah, misalnya dari perenggan yang pendek, seperti teka teki hinggalah kepada bahan bacaan yang lebih panjang, seperti bahan bacaan kanak-kanak yang popular.

Mengeluarkan idea utama
§  Idea utama yang berkenaan tidak dinyatakan secara jelas dan perlu diandaikan oleh pembaca menggunakan petunjuk dalam petikan.

Membuat perbandingan
§  Dalam bahan bacaan, persamaan dan perbezaan tidak dinyatakan dengan terus
§  Selepas membaca keseluruhan bahan baharulah dapat dilihat ciri/aspek yang boleh dibandingkan.

Menunjukkan hubungan sebab akibat
§  Gunakan petunjuk-petunjuk tertentu yang terdapat dalam bahan bacaan.

Membuat jangkaan
§  Murid membuat ramalan jangkaan yang akan berlaku berdasarkan peristiwa dalam bahan bacaan.

Memahami dan menghuraikan bahasa kiasan
§  Membuat interpretasi unsur-unsur bahasa yang berbentuk ibarat, perbilangan, metafora dan personafikasi.

Kefahaman Kritikal
v  Terhasil daripada penilaian secara tuntas terhadap bahasa dan kesan bahan bacaan
v  Memerlukan pembacaan yang kritikal, iaitu dengan membuat penilaian terhadap apa yang dibaca, membandingkan idea, dan membuat kesimpulan tentang ketepatan dan kesesuaian idea. 
Membezakan kenyataan Daripada fantasi
§  Galakkan murid berfikir kewajaran sesuatu peristiwa, sama ada boleh berlaku atau tidak
Membezakan fakta drpd pendapat
§  Murid dilatih mencari bukti sesuatu pernyataan
Menentukan tujuan pengarang
§  Mengenal pasti tujuan sebenar pengarang menghasilkan bahan yang dibaca:  menghiburkan, memberi ilmu, nasihat atau mesej

Kemahiran Asas Kefahaman Membaca
  1. Mengikut arahan
  2. Mencari butiran
  3. Menentukan idea pokok
  4. Menentukan urutan cerita/idea
  5. Membuat kesimpulan
  6. Membuat inferens
  7. Membuat penilaian

Mengikut arahan                
§  Keupayaan mengikut langkah-langkah tertentu bagi menyiapkan atau melaksanakan sesuatu aktiviti
Prosedur :
§  Membaca sekali imbas arahan yang diberi bagi menentukan makna perkataan yang tidak difahami
§  Membaca teliti arahan bagi menentukan isi arahan
§  Membaca semula arahan dan menomborkan arahan mengikut urutan sekiranya perlu
§  Menjalankan setiap arahan yang diberikan
§  Menyemak setiap langkah dengan merujuk arahan yang diberikan
§  Menentukan idea pokok
§  Kebolehan menentukan idea, isi atau mesej utama yang terdapat dalam sesebuah bahan bacaan atau perenggan

Mencari butiran
§  Kebolehan untuk mencari maklumat, atau isi tertentu yang terdapat di dalam petikan atau bahan bacaan. Maklumat misalnya berkaitan dengan. nama tempat, orang, peristiwa, pendapat, dan tarikh atau masa.
Prosedur :
§  Menentukan tujuan membaca selaras dengan kehendak soalan dan arahan.
§  Membaca sepintas lalu untuk mencari dan mendapatkan makna perkataan susah yang terdapat dalam bahan berkenaan.
§  Membaca setiap ayat dengan teliti untuk mendapatkan butiran yang penting.
§  Memilih butiran yang dikehendaki bagi menjawab soalan atau mengikut arahan
Menentukan idea pokok
§  Kebolehan menentukan idea, isi atau mesej utama yang terdapat dalam sesebuah bahan bacaan atau perenggan
Prosedur :
§  Menentukan tujuan membaca selaras dengan kehendak soalan dan arahan.
§  Membaca sepintas lalu untuk mencari dan mendapatkan makna perkataan susah yang terdapat dalam bahan berkenaan.
§  Membaca setiap ayat dengan teliti untuk mendapatkan butiran yang penting.
§  Memilih butiran yang dikehendaki bagi menjawab soalan atau mengikut arahan.
§  Membentuk idea pokok bagi setiap perenggan yang dibaca.
§  Membuat pertimbangan tentang idea pokok yang mempunyai butiran yang hampir sama.
§  Berdasarkan idea-idea pokok yang didapati daripada perenggan, bentuk sebuah idea pokok yang utama.
Menentukan urutan cerita
§  Kebolehan untuk mengingat dan  menentukan maklumat isi, fakta, atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan mengikut urutan atau susunan yang tertentu.
Prosedur
§  Membaca sepintas lalu untuk mendapatkan makna perkataan sukar dan gambaran am tentang isi bahan.
§  Membaca semula bahan, perenggan demi perenggan untuk mencari dan mencatat maklumat atau isi penting.
§  Menilai maklumat penting yang dicatatkan bagi setiap perenggan.
§  Membuat kesimpulan berdasarkan maklumat penting yang didapati daripada setiap perenggan.
 Membuat inferens
§  Kebolehan untuk menyatakan idea atau membuat telahan atau tekaan bahan bacaan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh bahan  tersebut dan  pengalaman-pengalaman yang lalu.
Prosedur
§  Membaca dan memahami bahan bacaan untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang isinya.
§  Membaca isi bahan tersebut semula untuk menentukan fakta dan pendapat.
§  Menilai dan menimbangkan fakta dan pendapat untuk membuat perbezaan.
§  Membuat inferens berdasarkan penilaian dan pertimbangan yang dibuat tentang fakta dan pendapat.
Membuat penilaian
  • Kebolehan menilai dan mengenal pasti fakta yang selaras dengan kriteria yang ditubuhkan serta membuat penilaian berdasarkan bukti dan keputusan yang diambil
Prosedur
§  Membaca bahan bacaan sepintas lalu untuk mendapatkan makna perkataan susah dan gambaran umum tentang isi bahan tersebut.
§  Membaca sekali lagi untuk menentukan isi atau aspek yang hendak dibuat penilaian.
§  Menubuhkan kriteria untuk digunakan bagi membuat penilaian.
§  Mendapatkan isi, atau bukti yang berkaitan untuk membantu dalam membuat penilaian. Kegiatan ini dapat dilakukan dengan meneliti isi bahan itu dan juga menggunakan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
§  Membaca  semula bahan berkenaan untuk menyesuaikan maklumat dengan kriteria penilaian yang ditubuhkan.
§  Membuat penilaian akhir.



No comments:

Post a Comment