TAJUK

Wednesday 15 May 2013

TUGASAN BERSAMA: BERCERITA SEMULA DAN KLOZ



BMK 3033                         
KETRAMPILAN MEMBACA


TEKNIK MENILAI STATEGI MEBACA
(BERCERITA SEMULA DAN KLOZ)


JALIPAH BINTI SAHIBIN (D20111048505) AT32
NURAINSAFIKA BINTI MOHD SABRI (D20111048585) AT 32
SEMESTER  2, SESI 2012/2013
KUMPULAN A


 



PENSYARAH
DR. DAHLIA BINTI JANAN
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
ISI KANDUNGAN

PERKARA                                                                                                                                                      MUKA SURAT

1.0     Teknik bercerita semula
1.1     Definisi
1.2     Tujuan dilaksanakan dalam  Pengajaran dan Pembelajaran
1.3     Kelebihan dan kelemahan


1 - 4


2.0     Teknik kloz
2.1     Definisi
2.2     Tujuan Perlaksanaan teknik dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2.3     Langkah pembinaan petikan kloz
2.4     Langkah perlaksanaa kativiti kloz dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2.5     Kelebihan Perlaksanaan
2.6     Kelemahan Perlaksanaan




4-1
3.0  Perbandingaan antara teknik bercerita semula dan kloz
13
4.0  Kesimpulan
14
5.0  Cadangan aktiviti
15
Bibliografi



1.0              BERCERITA SEMULA

1.1       Definisi
Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. Pelbagai jenis teknik telah dicipta untuk tujuan pengajaran bahasa seperti teknik bercerita semula. Kamus Dewan Edisi Keempat(2005) mendefinisikan teknik sebagai satu kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony (1963) pula, teknik adalah satu muslihat atau strategi yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Manakala bercerita pula merupakan satu seni yang menggunakan bahasa, mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi penonton.
Bercerita semula merupakan salah satu teknik  yang digunakan dalam menilai strategi membaca. Bercerita semula boleh diertikan sebagai proses pemahaman pembaca terhadap sesuatu teks yang dibacanya dan menceritakan semula kepada orang lain. Selain itu, ia juga dikaitkan dengan penterjemahan kerana pelajar menterjemahkan atau menghuraikan semula maksud yang disampaikan dalam teks tersebut. Kaedah menalis amat sinonim dengan teknik bercerita semula kerana perkaitannya yang saling memerlukan dalam sesuatu proses pembelajaran. Teknik bercerita semula menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasi sambil berhibur.
            Terdapat beberapa perbezaan antara teknik bercerita dan bercerita semula dimana teknik bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. (Anne Pellowski.1990). Manakala bercerita semula ialah teknik penceritaan yang dilakukan untuk menerangkan maklumat bahan bacaan yang baru dibaca mengikut pemahaman pembaca.

1.2       Tujuan dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran

Tujuan teknik bercerita semula dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah sebagai langkah  pemantauan agar pelajar mendapat pengetahuan dan pemahaman yang betul semasa proses membaca. Melalui teknik ini, guru dapat menilai tahap pemahaman pelajar terhadap teks atau bahan bacaan yang diedarkan.  Barret (1968),  telah membahagikan kefahaman kepada beberapa peringkat seperti literal iaitu memahami maklumat yang tersurat dalam teks seterusnya menghuraikan semula isi tersebut dalam ayat sendiri dan mudah difahami.
            Seterusnya tujuan perlaksanaan teknik ini dalam P&P ialah untuk memberi peluang kepada pelajar supaya dapat melatih diri sendiri untuk menangkap maksud isi teks yang dibacanya.  Stine (1997), menjelaskan bahawa hanya 1% daripada kemampuan otak digunakan untuk berfikir sementara 99% lagi tidak digunakan. Dengan menggunakan taknik bercerita semula, pelajar akan melatih otak untuk memahami maksud yang disampaikan oleh penulis. Hal ini sekaligus membolehkan pelajar berusaha tanpa sentiasa dibimbing atau dibantu oleh guru.
Selain itu, teknik ini digunakan dalam  proses pengajaran dan pembelajaran kerana membantu merangsang pemikiran minda murid-murid dalam bacaan. Teknik ini dapat melatih murid membaca secara senyap dan pantas sekaligus mengaplikasikan kaedah ini bagi  meluaskan pengetahuan sedia ada. Apabila teknik ini diaplikasikan dalam pembelajaran, maka pelajar dapat menilai sendiri apa yang cuba disampaikan oleh penulis.

1.3       Kelebihan dan Kelemahan
Kelebihan
Teknik bercerita semula mampu melatih pelajar untuk memahami bahan bacaan. Pelajar yang hanya membaca tanpa memahami isi kandungan yang dibaca sebenarnya tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik. Fungsi membaca ialah memahami isi kandungan yang dibaca. Oleh itu, pelajar mesti tahu, faham dan dapat menaakul bahan bacaan. Menceritakan semula isi teks yang dibaca menggambarkan pemahaman pelajar terhadap teks tersebut.
Seterusnya, teknik ini turut membantu pelajar menguasai kaedah bacaan Mentalis/Akaliah (kefahaman). Sebelum teknik bercerita semula dilakukan, pelajar akan membaca teks secara senyap bagi memahami maksud teks tersebut. Membaca senyap atau membaca dalam hati ialah kegiatan membaca yang mengakibatkan ingatan visual (visual memory)  dan pengaktifan mata dalam ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperolehi informasi dan pemahaman. Membaca mentalis merupakan aktiviti membaca yang dapat menguasai sebahagian besar hidup kita. Dibandingkan dengan membaca bersuara/nyaring, membaca mentalis ini dapat dilakukan di mana-mana sahaja kerana ia tidak menganggu orang di sekitarnya. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis (bersuara) kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis.
Selain itu, pelajar dapat menghuraikan isi-isi penting sama ada tersurat mahupun tersirat yang terdapat pada teks yang dibaca dengan cepat, pantas, tepat dan menyatakan semula bahan bacaan kepada orang lain dengan menggunakan ayat yang betul dan mudah difahami. Hal ini dapat membantu pelajar lain untuk memahami kandungan teks dengan lebih baik.
“Bolehkah pembaca mengingat kembali perkara yang suda dibaca?” kadangkala pelajar menyatakan bahawa mereka memahami perkara yang dibaca tetapi tidak dapat menyatakan jawapan yang tepat apabila disoal dalam peperiksaan. Situasi ini menggambarkan yang pelajar tidak faham isi teks yang dibaca. Oleh itu, melalui kaedah bercerita semula, pelajar dapat mengukuhkan ingatan dan kefahaman terhadap ilmu yang sedang dipelajarinya.

Kelemahan
Terdapat beberapa kelemahan dalam penggunaan teknik ini, antaranya ialah kelemahan dalam sebutan sesuatu perkataan. Teknik ini lebih menjurus kepada pemahaman pelajar terhadap bahan bacaan yang disediakan. Oleh itu, kaedah membaca secara senyap yang dilakukan sebelum menceritakan semula isi sebenarnya menyembunyikan kelemahan pelajar dari aspek  sebutan kerana pelajar membaca tanpa mengeluarkan suara. Hal ini menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah sebutan yang dihadapi pelajar.
            Selain itu, teknik ini tidak sesuai kepada pelajar yang mempunyai daya fikiran dan pemahaman yang lemah. Hal ini kerana, proses ini memerlukan pembaca untuk menyatakan semula maksud yang terdapat dalam teks tersebut. Bagi pelajar yang lemah pemahamanya, perkara ini diangap sia-sia kerana mereka sukar memahami isi yang disampaikan penulis lebih-lebih lagi teks-teks yang menggunakan bahasa ilmiah pada tahap yang tinggi. Bagi golongan pelajar seperti ini, teknik bercerita semula merupakan satu perkara yang membosankan dan tidak menarik.

2.0       KLOZ
2.1       Definisi
Taylor Wilson (1953) mendefinisikan kloz sebagai satu teknik mengosongkan atau mengeluarkan perkataan-perkataan dalam petikan mengikut sistem nisbah tertentu.
Teknik ini sesuai digunakan untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap sesuatu bahan bacaan. Selain digunakan sebagai teknik untuk menguji kefahaman bacaan, teknik ini juga digunakan oleh guru terutamanya di Amerika Syarikat untuk melatih dan mempertingkatkan kebolehan murid memahami sesuatu petikan. Asas utama teknik ini apabila murid dikehendaki mengisi tempat-tempat kosong, murid perlu:
        i.            Mendapatkan gambaran umum atau satu struktur am tentang cerita dalam petikan tersebut.
      ii.            Berdasarkan gambaran am yang diperolehnya, murid akan mengisikan tempat-tempat yang dikosongkan oleh guru dengan menggunakan tiga jenis klu. Klu-klu tersebut berkaitan bentuk perkataan dan bunyi, makna perkataan berdasarkan struktur ayat dan klu semantik iaitu murid perlu mengisi tempat kosong berdasarkan aspek makna dalam ayat tersebut.
      Dalam menggunakan teknik kloz, perbincangan antara guru dengan murid selepas murid mengisi tempat kosong sangat penting. Perbincangan ini berkaitan sebab perkataan yang dipilih sebagai jawapan dikatakan tepat atau sebaliknya. Latihan kloz sesuai digunakan pada peringkat sekolah rendah kerana mengandungi ciri-ciri hiburan seperti silang kata, iaitu meneka dan mengisi tempat-tempat kosong yang amat sukai oleh murid sekolah rendah. Bagi peringkat menengah, tajuk dan isi petikan hendaklah sesuai dengan menggunakan nisbah 1: 5. Begitu juga dengan peringkat rendah khususnya tahun empat, lima dan enam, nisbah kloz 1: 5 boleh digunakan.

2.2       Tujuan pelaksanaan teknik kloz dalam pengajaran dan pembelajaran
Tujuan utama teknik kloz digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menentukan kebolehan individu yang berkaitan dengan kemahiran tertentu iaitu:
        i.            Kemahiran berfikir
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal dan menjalankan proses pemikiran. Dalam tujuan ini, item kloz yang dikosongkan secara tak langsung melatih pelajar untuk berfikir secara efektif untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Proses ini sekaligus, mampu membantu pelajar menyusun maklumat, konsep dan idea secara teratur dalam melakukan kesimpulan atau keputusan yang tepat dalam sesuatu tindakan.

      ii.            Kemahiran perbendaharaan kata
Perbendaharaan kata merupakan perkataan yang kita perlu ketahui untuk berkomunikasi secara efektif. Kaedah kloz boleh mengukur tahap perbendaharaan kata yang dimiliki oleh setiap pelajar. Penggunaan kaedah ini secara tak langsung juga dapat menambah perbendaharaan kepada pelajar itu sendiri. Seterusnya dapat membantu mereka untuk berkomunikasi dengan baik di samping melancarkan proses pengajaran bahasa seterusnya seperti membina karangan.

    iii.            Kefahaman bacaan
Kefahaman bacaan merujuk kepada keupayaan mentafsir dan menilai bahan yang dibaca. Ia merangkumi mengecam perkataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkan idea dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, menyusun idea dan menilai. Tahap kefahaman bacaan dalam penguasaan teknik kloz adalah tinggi. Oleh itu, kegagalan pelajar mendapatkan kefahaman dalam teks yang diedarkan oleh guru menggagalkan penguasaan pelajar terhadap item kloz. Melalui tujuan ini, guru dapat mengukur tahap kefahaman setiap pelajar melalui jawapan yang diperoleh daripada pelajar.
2.3       Langkah pembinaan petikan kloz
Dalam pembinaan petikan kloz, guru memainkan peranan penting. Guru perlu memilih satu petikan bacaan yang sesuai mengikut tahap murid sama ada sekolah rendah atau menengah. Pemilihan ini lebih berkaitan  tema dan bahasa. Panjang petikan juga perlu sesuai dengan bilangan item kloz. Perenggan kloz yang sesuai kebiasaannya merupakan petikan ayat yang tidak kurang daripada 259 patah perkataan. Tujuannya adalah supaya jumlah 50 item kloz iaitu tempat-tempat yang dikosongkan dapat dikeluarkan atau dikosongkan sekiranya guru menggunakan nisbah tetap 1 : 5 iaitu setiap perkataan kelima dalam petikan
Sementara itu, petikan yang panjangnya tidak kurang daripada 350 patah perkataan iaitu 70 perkataan akan dikeluarkan atau dikosongkan adalah lebih sesuai bagi melatih murid-murid pada peringkat menengah. Pada peringkat sekolah rendah, dicadangkan petikan panjang adalah antara 100 hingga 160 patah perkataan supaya 15 (minimum) atau 30 (maksimum) item kloz dapat dibina. Dari segi bentuk bahan bacaan pula, bahan bacaan berbentuk prosa sesuai digunakan untuk membina petikan kloz sebaliknya bahan bacaan seperti syair, sajak dan seumpamanya tidak sesuai digunakan.
Dalam memilih nisbah kloz iaitu nisbah untuk menentukan tempat yang akan dikosongkan terdapat dua jenis nisbah yang boleh digunakan oleh guru, iaitu:
        i.            Nisbah tetap
Nisbah tetap 1 : 5, 1 : 7 dan 1 : 10 perlu digunakan dalam menyediakan item kloz. Walau bagaimanapun, nisbah yang biasa digunakan ialah 1 : 5, iaitu setiap perkataan kelima dalam sesuatu ayat dalam petikan akan dijadikan sebagai item kloz iaitu akan dikosongkan. Nisbah tetap 1 : 10 dan 1 : 7 biasanya digunakan peda peringkat sekolah menengah. Sementara nisbah 1 : 5 digunakan kepada murid peringkat rendah khususnya tahun 4 dan 5.

      ii.            Nisbah tidak tetap
Nisbah tidak tetap bermaksud pemilihan item kloz berdasarkan budi bicara guru berkaitan perkataan yang sesuai atau tidak dikeluarkan atau dikosongkan. Misalnya mengikut nisbah 1 : 5 , perkataan kelima dalam ayat tersebut melibatkan tarikh, waktu dan nama-nama khas perkataan tersebut tidak akan dijadikan item kloz oleh guru. Kebiasaannya , penyediaan kloz nisbah tidak tetap digunakan untuk kegunaan dalam bilik darjah. Penggunaan nisbah tidak tetap lebih memberikan ketepatan dan kebolehpercayaan terhadap item yang dikosongkan berbanding item tetap.
Selain itu, binaan petikan kloz juga boleh dibina dengan mengekalkan tajuk petikan dan keseluruhan ayat pertama dalam keratan asal. Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran tentang tema atau cerita yang terkandung dalam petikan tersebut. item kloz yang pertama dalam petikan mula dibina dengan memotong atau mengeluarkan perkataan kelima dalam ayat kedua. Begitu juga ayat kelima pada ayat yang seterusnya. Sekiranya wujud tempat atau perkataan yang tidak sesuai digunakan sebagai item kloz, guru perlu mengekalkan perkataan tersebut dalam ayat dan menggunakan perkataan selepasnya sebagai item yang dikosongkan. Seterusnya, prosuder perlu diteruskan dengan mengosongkan item kelima dalam ayat sehingga ke akhir petikan. Di samping itu, guru juga boleh mengekalkan ayat terakhir dalam petikan iaitu tidak membina item kloz dalam ayat tersebut.

2.4       Langkah pelaksanaan aktiviti kloz dalam pengajaran dan pembelajaran
Sebelum guru memulakan aktiviti kloz, terlebih dahulu guru perlu menyediakan senarai jawapan yang betul bagi setiap item yang terkandung dalam petikan latihan kloz. Tujuannya adalah untuk memudahkan guru merujuk senarai tersebut apabila memeriksa dan memberikan markah jawapan murid.
Dalam latihan kloz, murid diminta mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai menurut konteks petikan kloz yang dibaca. Untuk aktiviti ini, murid terpaksa melihat konteks dalam ayat atau dalam konteks cerita atau petikan secara keseluruhan. Bagi murid tahun satu atau dua, arahan boleh dibuat secara lisan dan contoh perlu ditunjukkan di papan hitam supaya murid lebih memahami perkara yang perlu dilakukan dengan teks kloz tersebut.
Masa untuk latihan kloz ialah satu minit bagi satu item kloz. Misalnya, jika ujian tersebut mengandungi 30 item kloz, maka murid-murid diberikan masa 30 minit untuk menghabiskan latihan. Bagi murid-murid tahun 1 dan tahun 2, masa yang diberikan boleh dilonggarkan sedikit iaitu satu setengah minit untuk satu item. Contohnya, sekiranya latihan kloz mempunyai 15 item maka masa yang diperuntukkan ialah 25 minit bukan 15 minit seperti murid tahun 4, 5 dan 6.

2.5       Kelebihan pelaksanaan
Terdapat beberapa kelebihan penggunaan teknik kloz dalam menilai strategi membaca dalam kalangan murid-murid:
i.                    Menggambarkan prestasi murid
Pencapaian seseorang murid dalam aktiviti kloz boleh menggambarkan prestasi atau tahap kebolehan bacaan mereka. Gambaran ini boleh dilihat apabila guru memeriksa jawapan murid. Misalnya, jika latihan kloz yang diberikan mempunyai 50 item, maka markah maksimum yang mungkin diperoleh murid ialah 150 markah (3 markah x 50 item). Markah ini perlu diperatuskan. Misalnya, jika murid mendapat markah iaitu 150 markah, maka kiraannya ialah yang berikut:
150
___ x 100 = 100 peratus
150
Tetapi sekiranya murid memperoleh markah sebanyak 90 (markah mentah) daripada 150 maka kiraannya ialah seperti yang berikut:
90
__ x 100 = 60 peratus
150
Guru juga boleh menggunakan skala James Rye untuk mentafsir pencapaian murid khususnya murid sekolah rendah. Lihat jadual 1.1 di bawah
Markah peratus ( % )
Tahap
100
90
80
70
60


Tahap bersendirian
50
40
30

Tahap bimbingan
20
10
0

Tahap kecewa

Menurut jadual 1.1, murid-murid yang mendapat markah peratus sebanyak 60 hingga 100 peratus, berada pada tahap bacaan bersendirian dan telah mencapai peringkat kefahaman yang memuaskan, iaitu boleh membaca dan memahami secara bersendirian tanpa memerlukan bantuan. Bagi murid yang mendapat markah 40 hingga 59 peratus pula, pencapaian tersebut ditafsir sebagai tahap bimbingan yang bermaksud murid menghadapi masalah membaca dan memahami bahan bacaan yang diberikan dan masih memerlukan bimbingan guru. Bagi murid yang hanya mencapai 0 – 39 peratus pula, pencapaian tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi banyak masalah untuk membaca dan memahami bahan bacaan yang diberikan.
Untuk mentafsir pencapaian bacaan murid pada peringkat sekolah menengah pula, skala berikut boleh digunakan. Lihat jadual 1.2 di bawah.
           
Markah Peratus ( % )
Tahap
100
90
80
70
60


Tahap bersendirian
50
40
30

Tahap bimbingan
20
10
0

Tahap kecewa

ii.                  Menilai tahap kebolehan bacaan teks bacaan
Penggunaan teknik penilaian strategi membaca jenis kloz juga membolehkan guru-guru menilai tahap kebolehan bacaan teks bacaan seperti teks, novel, majalah, dan buku cerita. Untuk tujuan ini, satu contoh petikan boleh diambil kira daripada bahan tersebut untuk dijadikan petikan kloz. Sekiranya petikan tersebut disediakan untuk murid tahun 5 maka keseluruhan murid tahun lima menggunakan teks tersebut sebagai ujian untuk menguji tahap kebolehan bacaan mereka terhadap teks tersebut. Apabila guru memeriksa jawapan murid, dia hendaklah menghitung min peratus bagi keseluruhan daripada kesemua murid, dan membahagikan dengan bilangan murid dalam kelas.
Formulanya ialah seperti berikut:
Jumlah kesemua markah peratus
   Min peratus        =         _________________________
(Peratus purata)                Bilangan murid yang terlibat
Min peratus atau peratus bagi keseluruhan murid tahun 5 itu akan menjadi angka yang menentukan sama ada tahap kebolehan bacaan teks daripada teks tersebut sesuai atau tidak. Sekiranya min peratus yang diperoleh sebuah kelas melebihi 50 peratus bermakna pemilihan bahan bacaan tersebut sesuai bagi peringkat bacaan am dan kefahaman murid dalam kelas tersebut. Begitu juga sebaliknya, sekiranya min yang diperoleh kurang daripada 50 peratus maka teks kloz tersebut tidak sesuai digunakan dalam kelas tersebut.
iii.                Menggerakkan proses psikologi murid
Semasa melakukan latihan kloz dalam aktiviti kloz, proses psikologi berlaku iaitu apabila murid cuba untuk melihat gambaran keseluruhan cerita dalam petikan kloz pada peringkat awal, iaitu sebelum tempat kosong  item kloz diisi. Berdasarkan gambaran am, murid akan cuba mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Proses ini melibatkan murid mempelajari sesuatu yang baru iaitu pengalaman baru dalam diri mereka. Murid akan melihat sesuatu iaitu petikan tersebut secara keseluruhan sebelum melihat secara terperinci.
iv.                Menggerakkan proses linguistik
Selain proses psikologi, proses linguistik juga berlaku apabila murid menjalani latihan kloz. Murid perlu meneka perkataan atau jawapan yang akan diisi dalam item kloz dengan menggunakan klu linguistik yang berkaitan kedudukan setiap perkataan dalam konteks frasa, ayat, atau petikan secara keseluruhan. Murid akan menggunakan tiga sistem klu linguistik yang berkaitan dengan fonetik, sintaksis dan semantik dalam ayat atau keseluruhan petikan yang digunakan sebagai teks kloz.

2.6              Kelemahan perlaksanaan

i.                    Pembaziran masa
Teknik menilai strategi membaca melalui kloz akan menyebabkan berlakunya pembaziran masa. Kebanyakan pelajar yang tidak dapat menguasai kaedah ini terpaksa menghabiskan masa untuk memikirkan perkataan yang perlu diisi dalam item kloz. Keadaan lebih teruk apabila pelajar terbabit tidak mempunyai banyak perbendaharaan kata yang berjaya dikuasainya. Sekiranya teknik ini digunakan dalam peperiksaan, pelajar tidak mampu menghabiskan masa dengan baik untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
ii.                  Tidak boleh di scan atau di skor dengan komputer atau mesin
Berkaitan kelemahan ini, ia lebih merujuk kepada peperiksaan. Seperti yang diketahui, item kloz melibatkan pengisian tempat kosong. Oleh itu, sekiranya kaedah ini digunakan dalam peperiksaan proses pemarkahan tidak dapat berjalan dengan cepat kerana ia tidak dapat di scan oleh komputer atau mesin untuk melancarkan proses pemeriksaan. Sebaliknya, kaedah ini memerlukan khidmat guru untuk memeriksa jawapan. Berbeza dengan kaedah soalan objektif yang menggunakan komputer untuk menyemak jawapan pelajar dalam peperiksaan. Namun, kaedah ini hanya boleh digunakan sebagai ujian mingguan atau program-program tertentu di dalam kelas dan tidak digunakan dalam peperiksaan.
iii.                Memerlukan tahap kefahaman pelajar yang tinggi
Penguasaan item kloz oleh pelajar memerlukan pelajar memahami teks secara am dahulu sebelum memahami secara terperinci. Sesetengah pelajar tidak mampu memahami kehendak teks secara tidak langsung menyebabkan mereka gagal untuk menguasai item kloz yang disediakan oleh guru. Disebabkan perkara itu, item kloz lebih sesuai digunakan oleh golongan pelajar sekolah rendah tahun 4, 5 atau 6 bukan tahun 1, 2 atau 3 keranan tahap kefahaman pelajar bergantung pada usia mereka.
iv.                Gagal memperoleh jawapan yang tepat
Penggunaan kaedah kloz dalam masa tertentu menggagalkan pelajar memperoleh jawapan yang tepat untuk diisi dalam item kloz. Jawapan item kloz adalah mengikut maksud yang sesuai dalam ayat. Kebiasaan pelajar gagal memahami maksud sesetengah perkataan menyebabkan mereka gagal memperoleh jawapan yang tepat untuk mengisi item kloz mengikut maksud yang sesuai.
v.                  Memerlukan tunjuk ajar daripada guru
Proses aktiviti item kloz memerlukan penerangan yang jelas di pihak guru kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti dengan lancar. Ketiadaan guru menggagalkan proses tersebut berjalan lancar. Namun begitu, keterangan yang tidak jelas daripada guru juga menjadi faktor penting kegagalan pelajar untuk menguasai item kloz. Oleh itu, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru penting kepada pelajar untuk menguasai kaedah ini.

4.0       KESIMPULAN
Teknik menilai strategi membaca boleh diukur dengan pelbagai cara dan formula. Strategi dimaksudkan kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Pemilihan strategi perlu berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan strategi yang sesuai akan menghasilkan objektif yang berkesan. Begitu juga dalam menilai strategi membaca, kebijaksanaan memilih strategi yang sesuai akan menghasilkan hasil yang optimum. Didapati teknik kloz ini merupakan satu kaedah yang lebih mudah digunakan oleh guru untuk menilai tahap kebolehan bacaan sesuatu teks bacaan dalam kalangan murid-murid manakala teknik bercerita semula pula merupakan kaedah untuk mengukur tahap pemahaman murid terhadap bahan bacaan. Kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran penting kepada guru untuk menghasilkan hasil yang memberangsangkan daripada para pelajar.


5.0       CADANGAN AKTIVITI
 Contoh aktiviti Kloz
BAHASA MALAYSIA
Latihan Kefahaman Bacaan
Tahun 5                                                                                                           Masa : 30 minit
Arahan: dalam petikan yang berikut beberapa perkataan telah dikeluarkan, baca keseluruhan petikan dan cuba fahamkan ceritanya. Kemudian, penuhkan tempat-tempat yang telah dikosongkan. Satu tempat kosong adalah untuk SATU perkataan sahaja. Perkataan yang bersengkang seperti “murid-murid: dianggap sebagai satu perkataan sahaja.
MENJAGA HATI DAN PERASAAN KAWAN
Jika kita ingin mengekalkan persahabatan kita dengan kawan-kawan maka kita hendaklah menjaga hati dan perasaan mereka. Kerosakan hati sahabat itu (1) __________
parah daripada luka di tubuh badan yang (2) __________ akan sembuh juga walaupun luka (3) _________ meninggalkan parut. Luka di dalam (4) __________ amat sukar untuk sembuh.
(5) _________ yang peribadi tinggi atau yang (6) __________ mulia sentiasa berwaspada dalam (7) _________ dan juga perbuatan mereka (8) __________ tidak menyinggung hati dan (9) _________ sahabatnya. Sebagai manusia (10) tanpa kita sedari, pertuturan  (11) _________ telah menyinggung hati dan (12) _________ kawan-kawan kita.
Keadaan ini (13) _________ menimbulkan permusuhan. Malah ada kalanya (14) menyebabkan terputusnya hubungan atau (15) _________. Jika kita panda menjaga (16) _________ dan perasaan kawan, maka (17) _________ tentulah kawan kita juga (18) _________ berusaha menjaga hati dan (19) _________ kita. Ini akan menyebabkan (20) _________ persahabatan kekal dan (21) _________.
Dalam pergaulan, memanglah soal ini (22) _________ penting. Jika kita pandai (23) _________ hati dan perasaan sahabat (24) _________kemungkinan besar mereka juga (25) _________ turut memelihara persahabatan tersebut. (26) _________ ini bukanlah hanya untuk sendiri sahaja, tetapi saling (30) _________ di antara satu sama lain.


BIBLIOGRAFI

Abdull Sukor, et al. 2003. Bahasa Melayu Komunikasi.  Bentong: PTs Publications &        Distributors Sdn. Bhd
Abdullah Hassan. 1996. Isu-Isu Pembelajaran  dan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala     Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar. 2010.  Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmah Omar. 2004.  Penyelidikan,  Pengajaran dan Pemupukan Bahasa. Kuala Lumpur:             Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Husin. 1997. Pengajian Melayu Tiga. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Kamarudin Hj. Husin. 1993. Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kumpulan Budiman Sdn Bhd:        Kuala Lumpur.
Mahzan Arshad, et al. 2012. Memartabatkan Bahasa Melayu: Pengajaran dan Pembelajaran.      Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mahzan Arshad. 2008. Bahasa Melayu: Strategi Perancangan dan Pelaksanaan. Kuala                             Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mahzan Arshad. 2003. Pendidikan Literasi Bahasa Melayu : Satu Pendekatan Bersepadu.             Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
“Maklumat-maklumat Tentang Peringkat Kemahiran Mendengar dan membaca” terdapat di            http://pakawcari.blogspot.com/p/bmm3104.html, diakses pada 1 Mei 2013.
“Pengujian Kefahaman membaca” terdapat di http://www.scribd.com/doc/37698168/Pengujian-,     Kefahaman-Membaca-in-Proses diakses pada 1 Mei 2013.
“Penggunaan Ujian Kloz dalam Mengukur Kebolehbacaan Taks Arab untuk pembaca Bukan Arab di         Malaysia : Satu kajian Rintis” terdapat pada http://journalarticle.ukm.my/767/1/7_1, pdf diakses           pada 1 Mei 2013.
Samsu Yaacob. 1996. Kemahiran Berfikir dalam Pemelajaran Bahasa Melayu Menengah             Atas.Kajang: Makruf Publisher & Distributos Sdn. Bhd
Yahya  Othman, et al. 2009. Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu dari Teori ke Praktik.        Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.





2 comments:

  1. LuckyClub Casino UK - A VIP Look at the Best Casinos for New Players
    LuckyClub Casino UK is an easy to navigate and have been operating luckyclub since 2006, when we all started with a single customer to a small group of online

    ReplyDelete
  2. Casino Apps in Kenya: Download and Install - JtmHub
    Play a variety of casino games like blackjack, poker, slots, poker, roulette, and 세종특별자치 출장마사지 much more for fun! 공주 출장안마 We also list the top 동두천 출장마사지 gambling 대구광역 출장샵 sites in Kenya, 영주 출장샵

    ReplyDelete