TUGASAN 1
TEKNIK
MENILAI STRATEGI MEMBACA
RUBRIK
DAN ANEKDOT
|
DISEDIAKAN OLEH :
MOHAMED SYAHRUL IDHAM BIN MOHAMED
RAZAK
D20112051942
MOHAMAD ZAWAWI BIN GHAZALI
D20111048411
KUMPULAN A
PENSYARAH :
DR. DAHLIA BINTI JANAN
RUBRIK
1.0 Definisi
Rubrik
merupakan alat penilaian untuk penilaian subjektif. Hal ini adalah untuk satu
set kriteria dan standard yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang
digunakan untuk menilai prestasi pelajar di atas kertas, projek, esei dan
tugasan lain. Standard rubrik membolehkan kita menilai berdasarkan kriteria
tertentu dan membuat pemarkahan dengan lebih mudah dan telus.
Rubrik
adalah usaha untuk menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten. Hal ini
membolehkan guru dan pelajar sama-sama menentukan tahap kriteria yang rumit dan
subjektif dan memberikan landasan untuk penilaian diri, refleksi dan rakan
sebaya. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan penilaian yang tepat dan adil.
Selain itu, rubrik dapat membantu guru menjimatkan masa dalam menilai dan
memberi markah kepada pelajar.
Rubrik biasanya mempunyai 2 bahagian iaitu senarai kriteria tugas dan tahap pencapaian kriteria. Setiap kriteria di dalam rubrik merupakan acuan prestasi sehingga dijadikan asas untuk menilai respons pelajar. Rubrik mempunyai skala pemeringkatan. berbeza dengan skala penilaian yang pemeringkatannya hanya berupa kedudukan sangat kurang, sangap baik, cukup, sempurna. Kaedah rubrik mempunyai kelebihan iaitu pemeringkatan kriteria dalam bentuk keterangan yang terperinci.
Rubrik dapat bersifat menyeluruh atau berlaku umum dan dapat juga bersifat khusu atau hanya berlaku untuk situasi tertentu. Rubrik yang bersifat menyeluruh dapat disajikan dalam bentuk Holistik rubric. Rubrik holistik adalah pedoman untuk menilai berdasarkan kesan keseluruhan atau kombinasi semua kriteria. selain itu, terdapat juga analytic rubric. Rubrik analitik adalah pedoman untuk menilai berdasarkan beberapa kriteria yang ditentukan. Dengan menggunakan rubrik ini, kita dapat menganalisis kelemahan atau kelebihan siswa.
Rubrik biasanya mempunyai 2 bahagian iaitu senarai kriteria tugas dan tahap pencapaian kriteria. Setiap kriteria di dalam rubrik merupakan acuan prestasi sehingga dijadikan asas untuk menilai respons pelajar. Rubrik mempunyai skala pemeringkatan. berbeza dengan skala penilaian yang pemeringkatannya hanya berupa kedudukan sangat kurang, sangap baik, cukup, sempurna. Kaedah rubrik mempunyai kelebihan iaitu pemeringkatan kriteria dalam bentuk keterangan yang terperinci.
Rubrik dapat bersifat menyeluruh atau berlaku umum dan dapat juga bersifat khusu atau hanya berlaku untuk situasi tertentu. Rubrik yang bersifat menyeluruh dapat disajikan dalam bentuk Holistik rubric. Rubrik holistik adalah pedoman untuk menilai berdasarkan kesan keseluruhan atau kombinasi semua kriteria. selain itu, terdapat juga analytic rubric. Rubrik analitik adalah pedoman untuk menilai berdasarkan beberapa kriteria yang ditentukan. Dengan menggunakan rubrik ini, kita dapat menganalisis kelemahan atau kelebihan siswa.
Contoh rubrik holistik :
Skor
|
Deskripsi
|
4
|
Respons terhadap tugas sangat spesifik. Informasi yang diberikan
akurat dan memperlihatkan pemahaman yang utuh. Respons dikemukakan dalam
suatu tulisan yang lancar dan hidup. Jawaban singkat dan langsung pada
masalah yang diminta serta kesimpulan dan pendapat mengalir secara logis.
Secara menyeluruh, respons lengkap dan memuaskan.
|
3
|
Respons sudah menjawab tugas yang diberikan. Informasi yang diberikan
akurat. Respons dikemukakan dalam tulisan yang lancar tapi uraian cenderung
brtele-tele.
|
2
|
Respons kurang memuaskan. Walaupun informasi yang diberikan akurat
tetapi tidak ada kesimpulan dan pendapat serta kurang logis.
|
1
|
Respons tidak menjawab tugas yang diberikan. Banyak informasi yang
hilang dan tidak akurat. Tidak ada kesimpulan atau pendapat.
|
Contoh rubrik analitik :
Skor
|
Grafik
|
Spesifikasi
|
Rasional
|
4
|
Gambar dan pertelaan tentang grafik yang disajikan benar
|
Semua spesifikasi yang diberikan benar
|
Rasio yang diberikan jelas.
|
3
|
Sebagian terbesar gambar dan pertelaan yang diberikan benar
|
Semua spesifikasi yang diberikan benar
|
Penjelasan diberikan, tetapi msih membutuhkan hambatan
|
2
|
Beberapa gambar dan pertelaan yang disaji benar
|
Hanya sebagian spesifikasi yang benar
|
Rasional yang diberikan tidak lengkap
|
1
|
Gambar dan pertelaan yang diberikan sangat terbatas dan hanya sedikit
yang benar
|
Spesifikasi yang diberikan salah
|
Rasional yang diberikan tidak benar
|
2.0 Tujuan
Penilaian rubrik digunakan untuk
menilai dengan lebih terperinci tentang prestasi pelajar. Guru-guru dan pelajar
akan mendapat penunjuk atau rujukan yang jelas mengenai prestasi pelajar.
Rubrik pula diharapkan dapat menjadi pendorong kepada pelajar dalam proses
pembelajaran.
Menurut Anonymous (2006), rubrik ialah
panduan penilaian untuk menilai prestasi pelajar berdasarkan sejumlah julat kriteria.
Rubrik merupakan perkakas penilaian bagi menilai dan mengukur tahap prestasi
pelajar. Contohnya, kriteria yang sama mestilah digunakan untuk mengadili
penerbitan penulis dan penulisan pelajar. Walaupun kriteria yang sama
dipertimbangkan, namun jangkaannya mestilah berubah-ubah mengikut tahap
kepakaran masing-masing.
Rubrik yang juga dijadikan sebagai
panduan kerja untuk pelajar dan pengajar, selalunya diedarkan sebelum tugasan
bermula untuk membolehkan pelajar berfikir mengenai kriteria yang akan diadili
bagi kerjanya. Oleh itu, rubrik menambahkan lagi kualiti kerja berbanding
dengan arahan terus.
Ramai pakar percaya bahawa rubrik dapat
memperbaiki hasil kerja pelajar dan seterusnya berupaya menambah baik proses pembelajaran.
Apabila pengajar menilai kertas kerja atau projek, secara tidak langsung mereka
tahu apa yang menyebabkan projek tersebut cemerlang, baik atau lemah. Sebagai
pelajar sekiranya rubrik diberikan terlebih dahulu, pemahaman tentang cara
penilaian akan dibuat membolehkan persediaan yang baik dilakukan
Rubrik selain berperan dalam
penilaian juga berperan dalam pembelajaran. Rubrik dikatakan dapat membantu guru dan pelajar dalam proses pembelajaran, kerana rubrik mengandungi kriteria keberhasilan
pencapaian pelajar hasil daripada pembelajaran. Berdasarkan konsep penilaian bahwa penilaian
bukan hanya hak guru tetapi juga merupakan hak pelajar. Maka guru perlu membahaskan rubrik dengan para pelajar sebelum mereka memulai
tugas. Rubrik dapat dipajangkan pada papan pajangan atau dibagikan kepada
siswa. Jika guru dan siswa telah menyepakati rubrik penilaian, maka rubrik
dapat pula membantu memfokuskanproses belajar-mengajar melalui penekanan pada
kriteria yang harus dipenuhi siswa.
Selain itu, rubrik dapat membantu guru menetapkan standard kelulusan, misalnya guru menentukan minimal skor 3 dari tiap kriteria sebagai standard kelulusan. Sekiranya ada pelajar yang mendapatkan skor kurang dari 3, guru tidak perlu mengajarkan
kembali semua konsep tetapi hanya konsep dalam kriteria yang tidak dikuasai
saja yang harus diajarkan kembali.
Di damping itu, rubrik menjadi kriteria penilaian diri pelajar. Dengan melihat kriteria penilaian dalam rubrik, pelajar dapat mengetahui perkara yang menjadi tuntutan hasil belajar yang
harus dicapai dalam kompetensi tersebut. Kejelasan tuntutan belajar ini dapat
mendorong kemajuan siswa. Hal ini juga membantu pelajar menilai sendiri tahap pencapaian yang
boleh dicapai oleh mereka dalam setiap kriteria yang dinilai. Hal in bermakna,
pelajar dapat menganalisis sendiri data pencapaian mereka. Sekiranya mendapat
skor rendah, pelajar dapat bermuhasabah dan memperbaiki semula kelemahan serta
memperkemas pengetahuan yang sedia ada.
3.0 Kelebihan dan Kekurangan
Kelebihan
Salah satu kelebihan utama menggunakan rubrik adalah rubrik
memberi gambaran yang jelas untuk setiap penilaian yang dibuat. Dengan menggunakan rubrik, guru mampumengkhususkan garis panduan yang diharapkan dalam setiap aspek-aspek sesuatu projek. Sepanjang tempoh pelajar
mengikuti rubrik, mereka tidak akan keliru dengan apa yang diharapkan daripada
mereka. Hal ini akan mengurangkan tekanan baik bagi pelajar mahupun guru.
Pemahaman lebih mendalam tentang harapan juga boleh menyebabkan peningkatan
kualiti pelajar lebih tinggi.
Kelebihan
lain menggunakan rubrik ialah dapat meringankan beban guru dengan mengurangkan
masa penilaian yang harus disediakan oleh mereka. Walaupun disiplin ilmu
seperti English High School mungkin
mempunyai lebih daripada beberapa sistem penilaian, semua disiplin dan kelas
tersebut terpaksa berhadapan dengan tekanan dalam menanda kertas contohnya
ujian ataupun peperiksaan. Rubrik membantu dalam memfokuskan perhatian guru
terhadap aspek tertentu yang ada dalam rubrik, yang mana dapat membantu guru
memendekkan masa penilaian pelajar.
Selain itu,
kriteria-kriteria yang ada pada rubrik menggambarkan prestasi pelajar yang
sebenar. Melalui penilaian rubrik, pelajar dapat mengetahui kekuatan dan
kelemahan dalam sesuatu aspek, bidang atau subjek yang mereka pelajari dengan
lebih jelas dan terperinci. Oleh itu, pelajar dapat memperbaiki kelemahan dan
kekurangan yang terdapat dalam diri. Hal ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan prestasi pelajar ke tahap yang lebih cemerlang. Rubrik juga
memberi gambaran jelas kepada guru untuk setiap penilaian yang dibuat. Jadi,
guru dapat mengenal pasti kelemahan pelajar seterusnya membantu pelajar
memperkemas aspek-aspek yang perlu diberi penekanan.
Kelemahan
Salah satu
kelemahan rubrik ialah penilaian terhadap pelajar kadangkala tidak tepat. Hal
ini kerana, penilaian yang dibuat adalah berbeza-beza dari segi tempat, suasana
dan aspek. Faktor inilah yang mendorong sama ada pelajar mendapat skor
cemerlang ataupun lemah. Jadi, penilaian yang diperoleh tidak boleh dipercayai
sepenuhnya disebabkan terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi penilaian
tersebut.
Kelemahan
rubrik seterusnya ialah tahap pengaplikasian pelajar adalah terhad berdasarkan
kriteria yang ditetapkan. Antara kriteria yang ditetapkan ialah tajuk, isu dan
bahasa. Pengetahuan pelajar kadangkala terbatas dalam sesetengah aspek jadi,
pelajar mungkin mendapat skor yang rendah dalam penilaian. Walau bagaimanapun,
kesimpulan tidak boleh dibuat berdasarkan penilaian rubrik yang tidak memandang
kepada aspek dan kriteria yang sering bertukar dan berbeza-beza.
ANEKDOT
1.0
Definisi Anekdot
Anekdot adalah sebuah cerita singkat
dan lucu atau menarik tentang kejadian atau orang sebenarnya. Anekdot selalu
disajikan berdasarkan pada kejadian nyata melibatkan orang-orang yang
sebenarnya. Namun seiring waktu, modifikasi pada saat penceritaan kembali dapat
mengubah sebuah anekdot tertentu menjadi sebuah fiksi, sesuatu yang diceritakan
kembali. Anekdot bukanlah lelucon, kerana tujuan utamanya adalah tidak hanya
membangkitkan tawa, tetapi untuk mengungkapkan suatu kebenaran yang lebih umum
daripada kisah singkat itu sendiri, atau untuk melukiskan suatu sifat karakter
yang sedemikian ringan sehingga ia menghentak dalam kiasan pemahaman dari
hakikatnya
Rekod anekdot pula bermaksud satu
catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap
penting, unik untuk direkodkan. Satu bentuk laporan yang mengandungi catatan
tepat dan terperinci mengenai seseorang murid yang sedang dalam pemerhatian
guru pembimbing.
Rekod anekdot juga boleh didefinisikan juga sebagai penulisan yang
ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan yang signifikan yang
berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku
atau insiden dengan perkataan atau gambar. Oleh itu, guru perlu sediakan buku
kecil atau helaian kertas yang diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh,
masa, tempat, dan peristiwa yang berlaku. Guru dapat mengambil tindakan yang
sesuai bagi membantu murid itu.
Menurut
Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) rekod anekdot ialah satu catatan ringkas
mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik
dan signifikan untuk direkod. Rekod anekdot ditulis secara objektif untuk
menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku.
Catatan ringkas ini adalah tepat berkenaan peristiwa yang berlaku dalam satu
jangka masa yang singkat pada bila-bila masa dan dapat membantu guru memahami
murid berkenaan dengan lebih jelas.
2.0
Tujuan Rekod anekdot dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Tujuan rekod anekdot dilaksanakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mengetahui tahap pembangunan
literasi kanak-kanak. Tujuan rekod anekdot juga untuk membantu guru untuk :
I. Mengesan keberkesanan pengajaran
II.
Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada
murid
III.
Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan
peringkat umur
IV. Merancang tindakan susulan untuk
tujuan pemulihan dan pengayaan
V.
Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dikuasai murid
VI. Merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid
VII.
Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa
VIII.
Mengenalpasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan
potensi murid yang boleh diperkukuhkan
Selain itu, tujuan rekod anekdot adalah untuk
merekod aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara
sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan,
kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat
penilaian tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai, Standard
Prestasi boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan keadilan. Berdasarkan
Standard Prestasi yang ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal
pasti tahap penguasaan murid. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap akan
memudahkan guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid kemudian.
Panduan
Menulis Rekod :
·
Membuat pemerhatian terhadap peristiwa
yang berlaku.
·
Membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja selepas
peristiwa berlaku bagi memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak
tercicir.
·
Menulis
apa yang dilihat secara objektif
·
Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan
kepada aspek perkembangan murid.
·
Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.
·
Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai
pemerhatian dibuat.
·
Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh
murid.
·
Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan
dengan tingkah laku murid yang
diperhatikan.
Contoh 1
Nama Murid : Fatin
Nadia bt. Abdul
Umur : 6
Tahun
Tarikh : 20
Februari 2010
Masa : 10.00
pagi
Nama Guru :
Puan Puziah Ano bt Muhamad
Item : Kebolehan
membaca
Catatan
|
Ulasan
|
Selepas mengikuti sesi
bacaan bersama guru kelas, Fatin menarik tangan Ani, Munah dan Siti ke Pusat
Bahasa untuk mencari buku. Fatin memilih buku bergambar sama dengan buku yang
dibaca oleh gurunya .Fatin ajak kawan-kawanya dengar cerita yang dia baca. Fatin
pun membuka buku lalu membaca dengan
gaya seperti Cikgu Rusnani. Ani,
Munah dan Siti mendengar dengan penuh minat.
Fatin tanya kawannya sedap tak cerita yang dibaca. “Hei, Fatin kau dah boleh baca?” Tanya Siti. Cikgu Rusnani memuji sambil
bertepuk tangan. Fatin senyum.
|
Fatin tidak berminat terhadap buku tetapi
selepas sesi bacaan
dengan guru, Fatin sudah mula berminat dengan
buku.
Fatin cuba membaca walaupun masih belum mengenal
semua huruf.
Cadangan
Fatin perlu dirangsang
melalui pujian untuk membolehkannya membaca dengan baik.
|
Contoh 2
Nama : Munzir Shamsudin
Kelas : Prasekolah Sayang
Tarikh: 26 Mac 2010
Nama Guru : Puan Ummu Izzah bt.
Bohari
Peristiwa yang diperhatikan: Munzir mengambil lego Ali. Ali menengking
dan memukulnya.
Cadangan: Penerapan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran perlu
diberi penekanan
Contoh 3
Nama Murid : Zarina
Umur : 6
Tahun
Tarikh : 18
Julai 2010
Masa : 8.30
pagi
Nama Guru :
Puan Hon
Item : Kemahiran
Sosial
Catatan
|
Ulasan
|
Zarina bermain pasir
bersama kawan-kawan lain di tempat main pasir. Aiman merampas penyedok pasir yang sedang
digunakan oleh Zarina. Zarina berkata
dengan suara kuat: “Ini saya punya!” Zarina terus ambil balik penyodok pasir
daripada Aiman. Aiman nampak terkejut
tetapi biar sahaja.
|
Zarina pendiam,
kebiasaannya dia tidak melawan walaupun diganggu oleh rakannya. Zarina cuma
akan menanggis bersendiri jika barangnya diambil oleh kawannya. Ini merupakan
kali pertama dia memperjuangkan hak dirinya. Peristiwa ini merupakan satu
permulaan yang baik, dia telah mula bertindak untuk melindungi hak dirinya.
|
Disamping itu,
maklum balas hendaklah diberikan kepada murid secara individu setiap kali
selepas murid diperhatikan atau ditaksir. Maklum balas adalah bukan sahaja
berbentuk pujian, tetapi maklumat tentang kerja dan kemajuan murid. Fokus
maklum balas ialah kepada apa yang murid boleh kuasai atau buat, bagaimana
boleh memperbaikinya dan apakah kemajuan yang murid telah tunjukkan. Melalui
maklum balas yang merujuk kepada standard dan kriteria, murid-murid dapat
mengetahui apa yang patut dicapai, dan sejauh mana mereka telah berjaya
mencapai standard dan kriteria ditetapkan dalam penguasaan sesuatu konstruk
(pengetahuan, kemahiran dan nilai). Murid boleh meneliti dan menilai kerja
masing-masing. Mereka akan rasa dihormati dan hasil kerja mereka dihargai. Melalui
maklum balas, murid lebih jelas tentang apa lagi yang perlu dilakukan untuk
menjadi lebih baik, dan mereka akan lebih bermotivasi untuk meneruskan
aktiviti.
3.0 Kebaikan dan Keburukan Rekod
Anekdot
3.1 Kebaikan rekod
anekdot
·
Pemerhati
tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod anekdot ini.
·
Pemerhatian
ini terbuka(tiada penutup). Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat
saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.
·
Pemerhati
boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di mana ia
berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkanya kemudian.
·
Pemerhati
hanya perlu mencatat tingkah laku yang perlukan sahaja dan melupakan perkara
atau tingkah laku lain.
3.2 Keburukan rekod anekdot
·
Rekod
ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkan kejadian
yang diperlukan oleh pemerhati sahaja
·
Ketetapan
rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod ini dibuat
selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang
mendalam.
·
Kejadian
mungkin berlaku di luar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurang tepat
ataupun digunakan secara berat sebelah.
·
Sukar
dikodkan atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik.
4.0 Kesimpulan anekdot
Secara
keseluruhannya, Rekod Anekdot merupakan satu catatan ringkas mengenai
sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan
signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Rekod Anekdot ini
dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam
kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk catatan rekod ini. Catatan hendaklah
ditulis secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh
direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan
literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.
4.0 Cadangan Aktiviti
BAHASA MELAYU
Tugasan: Debat
Arahan:
1) Pelajar dibahagikan kepada beberapa
kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar.
2) Setiap kumpulan diberikan tajuk
berkaitan isu semasa. Tajuk yang diberikan adalah berbeza bagi setiap kumpulan.
3) Dalam setiap kumpulan, 2 orang pelajar
dikehendaki menyokong tajuk yang diberikan manakala 2 orang lagi diminta
membangkang tajuk berkenaan.
4) Setiap pelajar diberi masa 15 minit
untuk menyuarakan pendapat serta idea masing-masing.
Setiap
pelajar akan dinilai dari pelbagai aspek. Antara aspek-aspek yang akan dinilai
ialah:
a) Kelancaran
b) Tatabahasa
c) Kosa kata
d) Pemahaman
ASPEK
|
SKOR
|
KETERANGAN
|
|
Tatabahasa |
5
|
□
|
Tidak ada atau sedikit kesalahan tata bahasa
|
4
|
□
|
Kadang-kadang membuat kesalahan tata bahasa tetapi tidak mempengaruhi
makna
|
|
3
|
□
|
Sering membuat kesalahan tata bahasa yang mempengaruhi makna
|
|
2
|
□
|
Banyak kesalahan tata bahasa yang menghambat makna dan sering menata
ulang kalimat
|
|
1
|
□
|
Kesalahan tata bahasa begitu parah sehingga sulit difahami
|
ASPEK
|
SKOR
|
KETERANGAN
|
|
Kosa Kata |
5
|
□
|
Menggunakan kosa kata dan ungkapan seperti penutur asli
|
4
|
□
|
Kadang-kadang menggunakan kosa kata yang tidak tepat
|
|
3
|
□
|
Sering menggunakan kosa kata yang tidak tepat, percakapan menjadi
terbatas karena keterbatasan kosa kata
|
|
2
|
□
|
Menggunakan kosa kata secara salah dan kosa kata terbatas sehingga
sulit difahami
|
|
1
|
□
|
Kosa kata sangat terbatas sehingga percakapan tidak mungkin terjadi
|
ASPEK
|
SKOR
|
KETERANGAN
|
|
Pemahaman |
5
|
□
|
Memahami
semua tanpa mengalami kesulitan
|
4
|
□
|
Memahami
hampir semuanya, walau ada pengulangan pada bagian tertentu
|
|
3
|
□
|
Memahami
sebahagian besar apa yang dikatakan bila bicara agak diperlambat walau ada
pengulangan
|
|
2
|
□
|
Susah
mengikuti apa yang dikatakan.
|
|
1
|
□
|
Tidak bisa
memahami walaupun percakapan sederhana
|
ASPEK
|
SKOR
|
KETERANGAN
|
|
Kelancaran |
5
|
□
|
Lancar
seperti penutur asli
|
4
|
□
|
Kelancaran
tampak sedikit terganggu oleh masalah bahasa
|
|
3
|
□
|
Kelancaran
agak banyak terganggu oleh masalah bahasa
|
|
2
|
□
|
Sering
ragu-ragu dan terhenti karena keterbatasan bahasa
|
|
1
|
□
|
Bicara
terputus-putus dan terhenti sehingga percakapan tidak mungkin terjadi
|
Beberapa hal
positif yang dapat kami ambil dari penggunaan rubrik dalam sistem penilaian
yang melibatkan pelajar ini ialah:
a) Para peserta menjadi pelajar aktif
b) Para
peserta memperoleh pengetahuan tambahan
c) Para peserta
dapat menilai prestasi kelompoknya sendiri.
d) Guru
dan peserta memperoleh alat refleksi yang efektif tentang proses pembelajaran
yang telah berlangsung.
5.0 Kesimpulan
Berdasarkan
kajian yang kumpulan kami jalankan, kami mendapati bahawa rubrik adalah
sebuah sistem penilaian yang sangat efektif dalam menilai prestasi pelajar di
atas kertas, projek, esei, dan tugas lain. Ia juga membantu para guru untuk
membuat pemarkahan dengan lebih mudah, lebih telus dan ia juga menggambarkan kriteria
penilaian yang konsisten. Rubrik juga membantu pelajar menjadi pengukur kepada diri
sendiri dan pekerjaan orang lain serta dapat menjimatkan masa guru daripada
menghabiskan masa untuk menilai kerja pelajar. Merujuk kepada contoh rubrik
yang kami ambil, ia menunjukkan bahawa untuk menggunakan rubrik, ia perlu
disesuaikan dengan kriteria pelajar tersebut ataupun sesiapa sahaja yang ingin
kita nilai. Sebagai contoh, jika kita sebagai guru ingin menilai kriteria
para pelajar kita, kita menggunakan
rubrik yang sesuai supaya dapatan yang diperoleh
itu sahih dan
konsisten. Rubrik yang digunakan di IPT dan di sekolah menggunakan pendekatan
yang begitu berbeza kerana ia mengikut kaedah tempat pengajian itu sendiri.
Bibliografi
Cronbach,
L.J. (1970). Essential of psychological
testing (3rd ed.) New York: Harper & Row.
Gay,
L.R. (1985). Educational and evaluation
and measurement. Competencies for analysis and application. 2nd ed. Charles
E. Merril.
Kelemahan
dan kekurangan Rekod Anekdot dilayari pada 1 Mei 2013 di URL
Kelebihan dan
kekurangan rubrik dilayari pada 2 Mei 2013 di URL
Kepentingan
rubrik dilayari pada 24 April 2013
Mokhtar
Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Penilaian
kendalian sekolah. (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Penilaian rubrik
dilayari pada 2 Mei 2013
Rekod
Anekdot dilayari pada 2 Mei 2013 di URL
Rekod
Anekdot dilayari pada 2 Mei 2013 di URL